Buku Coffee Table Fesyen Mesti Miliki

Buku Coffee Table Fesyen Mesti Miliki

Jika anda suka menghiasi dan mendekorasi setiap perincian rumah, pasti anda tidak ketinggalan dengan dekorasi susun atur cantik dan hiasan buku-buku berkulit keras diletakkan pula di atas meja kopi anda yang tersergam indah di ruang tamu rumah anda. Bertanya pula buku apa yang sesuai untuk diletakkan, sudah pasti GLAM akan senaraikan untuk pembaca barisan buku yang terbaik tentang fesyen yang perlu dimiliki!

8 of 8

8. Gucci: The Making Of

Gucci

Penerbitan pertama oleh Gucci ini mengandungi isi luahan dan penceritaan yang ternyata sebelum ini tidak pernah didedahkan. Buku ini dihasilkan seiring dengan pembukaan Muzium Gucci yang bertempat di Florence. Kisah identiti, pengaruh, inovasi serta kaedah fabrikasi segalanya boleh diketahui tentangnya di dalam buku ini. Jika anda peminat jenama rumah fesyen ini, wajib dapatkannya!