Apple Watch Gold

Apple Watch Gold

AppleWatchGoldGambar: Apple

 
Menerusi sidang media yang dibuat syarikat teknologi gergasi Apple semalam, gajet tumpuan ramai iaitu Apple Watch diperkenalkan secara lebih dekat kepada umum.
 
Datang dalam 3 koleksi berbeza yakni Apple Watch Sport, Apple Watch dan Apple Watch Edition, ianya boleh didapati dalam dua saiz; 38 milimiter dan 42 milimiter. Menjanjikan kemewahan dan gaya buat si pemakai, Apple Watch Edition dibaluti emas 18 karat manakala paparan skrin pula dilindungi kristal nilam. Harga bagi jam koleksi itu bermula dari US$10,000.
 
Supermodel Christy Turlington turut membuat kemunculan khas, bercerita mengenai pengalamannya memakai Apple Watch sewaktu menyertai half-marathon di Afrika. Jelasnya, “Dalam masa yang singkat menggunakan jam ini, saya sudah dapat melihat bagaimana ianya akan menjadi sesuatu yang penting dalam hidup saya.”

 

AppleWatchGold2Gambar: Apple