Air Terjun Tercantik Di Dunia - Glam Malaysia

Air Terjun Tercantik Di Dunia

Kehebatan dan kuasa air terjun cukup mengkagumkan. Terhasil dari bentuk muka bumi yang unik apabila tanah tinggi, air dan belantara menjadikan ia satu keajaiban serta menjadi tumpuan pengunjung setempat dan luar negara. Keindahan air terjun terus membuat sesiapa saja teruja akan fenomena agung alam semula jadi ini.

 

Victoria falls zimbabveGambar: Beautiful Places To Visit

 
Air Terjun Victoria di  Zimbabwe
Air terjun Victoria yang terletak di Zimbabwe adalah yang tercantik di Afrika. Keluasan air terjun tersebut adalah 5604 kaki, disebabkan itu semburan air terjun Victoria sangat tinggi sehingga boleh dilihat dari jauh.
 

Iguazu falls argentinaGambar: Wikimedia

 
Air Terjun Iguazu di Argentina

Air terjun Igazu berada di sempadan antara Argentina dan Brazil. Ia tidak terlalu tinggi hanya 285 kaki dan mempunyai 275 lata yang berbentuk ladam dan ia sangat menarik serta nampak sungguh nyaman.

 

Angel Falls in VenezuelaGambar: Wikimedia

 
Air Terjun Angel di Venezuela 

Air terjun Angel adalah yang tertinggi di dunia ia terletak di Venezuela dengan keluasan 3,212 kaki. Anda boleh pergi menikmati keindahan air terjun ini di Taman Negara Canaima yang dilindungi oleh UNESCO. Air terjun Angel ini dinamakan selepas penemuan juruterbang Amerika Syarikat bernama Jimmie Angel.

See also
Sneak Peek Kalendar Rasmi Kylie Jenner

 

Kaieteur Falls in GuyanaGambar: Wedding Mapper

 
Air Terjun Kaieteur di Guyana

Air terjun Kaieteur yang terletak di Guyana ini mempunyai ketinggian 741 kaki. Lokasinya yang terpencil menjadi tumpuan pelancong yang sukakan sukan extreme dan bagi pelancong yang ingin lari daripada hiruk pikuk bandar boleh datang ke Kaieteur ini untuk merasai nikmat alam semula jadi di hutan lembah Amazon ini.

 

Niagara Falls in USAGambar: Boomsbeat

 
Air Terjun Niagara di Amerika Syarikat/Kanada

Air terjun Niagara adalah antara yang popular di dunia, ia terletak di sempadan antara Amerika Syarikat dan Kanada. Air terjun di Niagara terbahagi kepada dua iaitu air terjun Horseshoe di sebelah Kanada dan air terjun Amerika yang dipisahkan oleh sebuah pulau. Air terjun Horseshoe lebih menarik disebabkan kejatuhan airnya lebih kurang 173 kaki, manakali air terjun Amerika jatuh hanya 70-100 kaki sahaja.

 

Plitvice Falls in CroatiaGambar: Globo

 
Air Terjun Plitvice di Croatia
Air terjun Plitvice terletak di Plitvice Lakes National Park, Croatia. Air terjun ini tidak begitu tinggi tetapi ia sangat menarik dan unik. Terdapat beratus-ratus air terjun di sini, jika ada melihat gambar di atas warna air disini adalah jernih dan kebiru-biruan. Tempat ini sesuai untuk pelancong yang inginkan ketenangan dengan melihat alam semula jadi yang begitu indah dan mempersonakan.
 

See also
Mahukan Killer Body Seperti Jennifer Lopez?

Gullfoss (Golden Falls) in IcelandGambar: Jeffi to Iceland

 
Air Terjun Emas (Gullfoss) di Iceland

Gullfoss adalah air terjun yang sangat menakjubkan dan ia terletak di barat daya Iceland. Air terjun ini tidak begitu tinggi dengan hanya 36 kaki sahaja, namun ia menjadi kebanggaan Eropah sebagai air terjun tercantik benua itu.

 

Sutherland Falls in New ZealandGambar: World Most Popular Places

 
Air Terjun Sutherland di New Zealand

Air terjun Suntherland terletak di Fiordland, New Zealand. Dengan ketinggian 1902 kaki air terjun ini adalah antara yang tertinggi di dunia. Berlatarkan lanskap yang sangat unik dan cantik ia menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia yang sanggup berbelanja besar untuk saksikan fenomena unggul ini.