18 Busana Ikonik Pengantin

18 Busana Ikonik Pengantin

Buah Pauh si bunga rampai, kilauan bintang sungguh mengasyikkan, apalah makna majlis perkahwinan, tanpa diserikan busana yang menakjubkan. Glam memaparkan gaun perkahwinan paling ikonik buat inspirasi bakal pengantin seluruh dunia.

 

kate moss 010711

Kate Moss
Ternyata supermodel yang cukup dikenali dengan figura ‘waifish’ ini ditunggu-tunggu ramai saat dia bergelar ratu sehari. Mengahwini Jamie Hince pada Julai 2011, Kate tampil berseri dalam busana John Galliano yang juga teman baiknya. Ramai yang akui gaun ini ringkas, hanya potongan serong dengan material yang menampakkan siluet kaki Moss serta indah bersulam berlian. Namun ia meluahkan rekaan nostalgik lagi mengagumkan lantas memancarkan keanggunannya. Diilhamkan Zelda Fitzgerald, dress ini membayangkan peribadi Moss yang bersahaja dan spontan!

Kate Middleton
Biarpun sering dibandingkan dengan mendiang ibu mentuanya, pemilihan gaun Kate Middleton hasil rekaan Sarah Burton yang juga Pengarah Kreatif Alexander McQueen mendapat pujian ramai. Menerusi material renda French Chantilly dan English, Kate sendiri berkongsi ideanya lalu dicatu dengan elemen high fashion Burton. Gandingan vel sutera, tiara Cartier, subang berlian Robinson Pelham san sepatu satin duchesse warna putih gading McQueen, Kate Middleton dan Putera William berjaya mencetus fenomena ‘Royal Wedding of the Decade’.

 

 

THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN-PART 1

Kristen Stewart
Meski sekadar lakonan, penampilan Kristen Stewart berbusana pengantin rekaan Carolina Herrera untuk filem trilogi Twilight, Breaking Dawn berjaya menarik perhatian ramai. Gaun yang direka khas buat Stewart ini memerlukan Carolina bekerja dengan empat tukang jahit selama lebih enam bulan. Menurut Stephanie Myer yang juga novelis Twilight, “Saya mahukan gaun yang indah dan istimewa. Bukan sesuatu yang boleh dilihat sehari-hari. Karya Carolina ternyata apa yang saya ilusi selama ini.”

 

 

grace-kellys-dress

Grace Kelly
Boleh dikatakan gaun perkahwinan Grace Kelly dengan Putera Rainier III ini banyak dicedok ideanya lantas dijadikan replika di seluruh dunia. Malah gaun pengantin Kate Middleton juga dikatakan menyuntik inspirasi Grace Kelly. Direka pada 1956, gaun indah hasil karya Helen Rose, pereka kostum MGM ini diperbuat daripada 25 ela sutera tafeta, renda bermata ros antik dan mutiara. Turut menggunakan khidmat orang tukang jahit dan berjaya disiapkan dalam masa enam minggu.

See also
GLAM Memori: Fyza Kadir

 

 

donald_trump_melania_knauss

Melania Trump
Bukan saja bertuah mengahwini jutawan Donald Trump, Melania juga muncul sebagai cover Vogue Amerika dengan menggayakan gaun hari istimewanya. Busana Christian Dior ini menggunakan 300 ela satin putih dan disulam 1500 mutiara serta rhinestone kristal. Dikatakan bernilai sehingga AS$100,00, gaun termahal yang pernah dihasilkan ini memerlukan bakal isteri Trump mengamalkan diet sihat agar bertenaga untuk memakainya. Malah sepanjang upacara berlangsung, dia perlu duduk di atas bangku panjang bagi menampung volum gaun tersebut.

 

 

Tom Cruise And Katie Holmes - Wedding Day

Katie Holmes
Tujuh bulan selepas melahirkan Suri, Katie Holmes menggayakan gaun off-shoulder Giorgio Armani yang dihiasi renda Valenciennes dan kristal Swarovski di majlis perkahwinannya dengan Tom Cruise. Biarpun sudah bercerai, the dress will live on forever. Armani mengambil masa seminggu sehingga 350 jam untuk menyiapkan gaun di samping krinolin dan vel tulle. Kata Armani,”Saya mahu menghasilkan gaun moden tetapi pada masa yang sama tampak manis apabila digayakan.”

 

 

Gwen-Stefani-in-Christian-Dior

Gwen Stefani
Yang nyatanya vokalis No Doubt ini berjaya menempa sejarah tersendiri dengan menggayakan gaun pengantin yang dicelup rona merah jambu dan putih hasil karya John Galliano untuk Christian Dior. Suri kepada Gavin Rosdale ini tampak begitu mempesonakan namun masih mengekalkan gaya rock. Busana yang turut digandingkan dengan vel renda ciptaan John Galliano ini dipamerkan di Muzium Victoria&Albert, London. Bagi Stefani, helaian ini bagai sebuah karya seni.

 

 

Jerry-Hall-Bali-Wedding-Rex

Jerry Hall
Lari dari kebiasaan, Jerry Hall memilih helaian tradisi Bali apabila berkahwin dengan Mick Jagger pada 1990. Menerusi upacara ritual Hindu, Jerry tampak begitu cantik dengan lilitan kain ala batik dan top kuning seakan kain songket. Dia turut mengenakan perhiasan kepala dan rantai dempak. Pasangan yang mula bercinta sejak 1977 ini walau bagaimanapun berpisah pada 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

See also
Korner Mak Datin: Wanita Ugut Datin Seri Nekad Mahu Rampas Suami

Princess Charlene weddingGambar: TPGVIP

Puteri Charlene
Terkenal dengan sifat rendah diri, busana pengantin Charlene layak dikategorikan sebagai understated sophistication. Gaun sutera ilham Giorgio Armani ini tampak ringkas dari segi rekaan dan memiliki konstruksi kemas. Dihasilkan daripada sutera sepanjang 130 meter, ia turut dihiasi 40,000 kristal dan 20,000 mother-of pearl. Selain memperlihatkan kecantikan Charlene, Karya agung ini juga menyerlahkan lagi siluet tubuh rampingnya. Ia juga mengambil masa 2000 jam untuk disiapkan.

 

 

PicMonkey Collage2 copy

Sarah Jessica Parker
Fenomena Sex and The City bukan hanya tercetus daripada siri TV malah filemnya terutama menerusi adegan Carrie Bradshaw (Sarah Jessica Parker) menggayakan gaun pengantin dramatik, Vivienne Westwood. Gaun sutera satin rona champagne ini tampak cantik menerusi korset, garis leher cinta sayang dan skirt ropol puf dengan kelepet asimetri yang memiliki ‘DNA’ Weswood. Patrician Field menata gayanya dengan perhiasan bulu burung kepada kepala dan bergincu merah.

 

 

dita

Dita Von Teese
Tahun 2005 menyaksikan penghibur Burlesque, Dita Von Teese memecah tradisi apabila menggayakan gaun sutera tafeta ungu gelap rekaan Vivienne Westwood di majlis perkahwinannya dengan Marilyn Manson. Busana dramatik lagi meleret ini turut dilengkapi simis yang dipakai atas korset Mr. Pearl. Dita juga memilih topi tri-corned rekaan Stephen Jones dan potret perkahwinannya diabadikan di Vogue edisi Mac 2006 menerusi judul ‘The Bride Wore Purple’. The marriage may not have lasted, but the dress was unforgettable!

 

 

tumblr_lqwvgjf2Yt1qhta4vo1_500

Nicole Richie
Mengangkat semangat busana pengantin Grace Kelly, Marchesa melahirkan gaun yang cukup epik untuk majlis perkahwinan Nicole Richie. Menerusi renda bersulam rumit, gaun berlengan penuh ini dicengkek dengan kain satin pada pinggang. Lantas menyerlahkan skirt sutera organza yang tampak begitu dramatik dan menarik. Ternyata Richie kelihatan bak dewa-dewi kala menyarung karya fantastik ini.

 

 

diana-5-wenn2804908

Puteri Diana Spencer
Gaun rekaan David dan Elizabeth Emanuel ini dikatakan ‘suitably dramatic in order to make an impression.’ Emanuel dikatakan meminta khidmat nasihat Maureen Baker yang juga pereka gaun pengantin Puteri Anne sebelum menghasilkan gaun sepanjang 25 kaki (lapan meter). Ia sarat berhias labuci sulaman tangan dan 10,000 mutiara. Diana dikatakan turun berat badan, daripada saiz 14 ke 10, semata-mata kerana gaun ini. Menurut bapa Diana, agak sukar untuknya menaiki kereta kuda ke katedral kerana gaun ini saja sudah memenuhi kenderaan tersebut.

See also
The New Normal

 

 

MV5BMTM5NDIzNTMwNV5BMl5BanBnXkFtZTcwMzQ0MzQ2NQ@@._V1_SX640_SY720_

Elizabeth Taylor
Perkahwinan keempat Elizabeth Taylor menyaksikannya memilih gaun sutera hijau paras lutut dengan hud kepala. Berlengan jarang, gaun klasik ini digayakan kala perkahwinannya dengan Eddie Fisher yang juga penerbit album suami ketiganya, di kuil Beth Shalom, Las Vegas. Memakai sepatu sepadan warna, Elizabeth turut membawa sejambak bunga orkid dan baby’s breath.

 

 

Wallis Simpson and Edward VIII at their wedding in 1937

Wallis Simpson
Wallis Simpson bukan sahaja mencetus kontroversi dengan kisah percintaanya dengan King Edward VIII, Duke of Windsor malah dikatakan juga ikon stail legenda. Semasa majlis perkahwinan dengan Edward, Wallis menggayakan gaun biru lembut rekaan Mainbocher yang terletak cantik pada tubuh rampingnya dan dikatakan ‘epitome of eternal elegance’. “Saya bukanlah wanita tercantik di dunia malah tiada apa yang istimewa mengenai wajah saya. Namun satu perkara yang boleh saya lakukan adalah berpenampilan lebih baik daripada kebanyakkan orang,” katanya.

 

 

54bc04108be66_-_hbz-wedding-dresses-audrey-hepburn

Audrey Hepburn
Bintang Breakfast At Tiffany’s ini mengahwini Mel Ferrer pada September 1954 selepas berlakon bersama dalam Broadway berjudul Ondline. Untuk majlis perkahwinan mereka, Audrey memilih gaun berskirt penuh ala penari balet yang direka Pierre Balmain. Cukup manis, hanya bunga mawar menghiasi kepalanya. Perkahwinan mereka kekal selama 14 tahun sebelum Audrey berkahwin semula.

 

 

The Jaggers

Biancca Jagger
Memilih untuk tidak menggayakan busana perkahwinan tradisi, Bianca Jagger tampil chic dengan menyarung sut skirt putih dan topi besar di majlis perkahwinannya dengan Mick Jagger pada 1971. Dek kerana hamil empat bulan waktu itu, Jagger hanya memakai jaket tanpa sebarang kemeja di dalamnya. Sut ini dikatakan rekaan Yves Saint Lauren.