Use your ← → (arrow) keys to browse
Berlian Hope
Juga dikenali sebagai ‘Le Bleu De France’ atau ‘Le Bijou du Roi’, berlian biru seberat 45.52 karat ini kini ditempatkan di Smithsonian Natural History Museum di Washington D.C. Sungguhpun berwarna biru apabila dilihat dengan mata kasar, ia kelihatan kemerah-merahan bila didedahkan kepada cahaya ultra violet. Diklasifikasikan sebagai berlian 11b, permata ini dikatakan terkena sumpahan dan kononnya membawa bad luck kepada pemiliknya. Sejarahnya terlalu rumit apatah lagi sejarah penghijrahannya dari India ke Perancis, Britain dan kini di Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali bertukar tangan, salah satu pemiliknya adalah Marie Antoinette yang nyawanya berakhir di mata pedang. Selain dilabel sebagai ‘most famous diamond in the world’ ia karya seni kedua yang kerap diziarahi selepas Mona Lisa.