Use your ← → (arrow) keys to browse
Cincin nilam Garrard of Mayfair
Cincin yang suatu ketika dulu pernah bertakhta di jemari Lady Diana kini bertukar milik kepada bakal permaisuri England, Kate Middleton. Selepas pemergian Diana, cincin tersebut diwariskan kepada Putera Harry, manakala William pula mewarisi jam tangan Cartier. Namun Harry membuat keputusan bahawa cincin nilam dan berlian berbentuk bujur 18 karat ini sepatutnya berada di jemari bakal Ratu England. Lantas diberi kepada William untuk disarungkan pada tunangannya waktu itu. Cincin koleksi Garrard ini berjaya mencetus fenomena apabila banyak replika di pasaran hasil permintaan ramai.