Use your ← → (arrow) keys to browse
Catherine Deneuve menggayakan jam tangan Tank pada tahun 1984.
Tank, Cartier
Pernah digayakan Angelina Jolie dan Michelle Obama, jam tangan Tank Cartier antara jam tangan pertama yang dicipta dan dikenali sebagai legenda. Pada 1917 menyaksikan Louis Cartier mencipta jam tangan yang pada asalnya bertujuan sebagai cenderamata khas buat teman baiknya. Menerusi kecemerlangan teknikal, jam tangan ini berterusan mempesona para pencintanya sehingga ke hari ini malah menjadi ikon aksesori mewah moden yang tak lapuk dek zaman.