Berlian-Berlian Paling Ikonik & Bernilai Pada Era Ini

15 Berlian Paling Ikonik & Bernilai Pada Era Ini

11 of 16
Use your ← → (arrow) keys to browse

graff-pink-main3

Graff Pink
 

Asalnya, berlian merah jambu luar biasa yang pernah dijual di Geneva dengan harga AS$46 juta pada 2010 ini dimiliki jauhari dari London, Laurence Graff. Batu seberat 24.78 karat ini serta-merta dinamakan Graff Pink. Jauhari terkenal Amerika Syarikat, Harry Winston juga pernah memilikinya pada abad ke-20. Diklasifikasikan sebagai ‘fancy intense pink’ (rating terbaik untuk berlian merah jambu) oleh Institusi Gemologi Amerika, berlian berpotongan zamrud ini diikat pada cincin perak dengan dua berlian putih di sisi.