1001 selera masakan kampung dari Impiana Hotel menanti anda! - Glam Malaysia

1001 selera masakan kampung dari Impiana Hotel menanti anda!

Teks: Azza Farhana

 

Impiana KLCC Hotel & Spa yang berlokasi di Kuala Lumpur ini menawarkan hidangan Ramadan Buffet yang berkonsepkan ‘Selera Serantau’ di restorannya yakni Tonkan Bean Cafe & Deli. Dua minggu Ramadan ini ada yang ulang hinga dua kali kerana terkenangkan masakan kampung yang dimasak dengan rempah ratus tradisional.

 

 Antara hidangan yang mendapat sambutan hangat adalah Roti Pak John, Kari kepala ikan, asam pedas ekor, gulai daging keting rebung, kambing bakar, ketam masak lemak belimbing. Waktu buffet ‘Selera Serantau’ ini bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.

 
[envira-gallery id=”66898″]

Istimewa, Impiana Hotel turut menyediakan durian untuk pelanggan menjamu selera sebagai pencuci mulut. Buah-buahan tempatan lain juga disediakan seperti manggis, rambutan, laici dan banyak lagi. Selain itu 12 perisa aiskrim Baskin Robin turut menanti anda. Jika anda penggemar makanan kampung disinilah tempat tepat untuk berbuka puasa bersama keluarga!