10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi - Page 7 of 10 - Glam Malaysia

10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi

Sudah menjadi suatu kebiasaan di Amerika apabila seseorang pelakon melalui transisi dan mengembangkan sayap mereka dengan mencuba nasib dalam bidang lain.

 

Kebiasaannya mereka akan mencuba bidang perniagaan ataupun yang lebih menjadi tarikan kepada pelakon-pelakon ini adalah bidang nyanyian.

 

Tetapi bukan semua yang mencuba nasib dalam bidang ini berjaya jadi kami akan senaraikan 10 pelakon yang berjaya dalam transisi mereka sebagai penyanyi.

7 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Drake

Rapper, penyanyi, produser dan juga seorang pelakon Aubrey Drake Graham atau lebih dikenali sebagai Drake mula mendapat perhatian sebagai seorang pelakon dalam drama remaja Degrassi: The Next Generation pada awal thaun 2000. Bagi mengejar impiannya untuk menjadi seorang rapper Drake mengeluarkan mixtapenya yang pertama Room For Improvement diikuti dengan Comeback Season dan So Far Gone sebelum menyertai syarikat Lil Wayne pada thaun 2009. Album debutnya Thank Me Later deikeluarkan pada tahun 2010 dan berjaya meraih tempat pertama dalam U.S Billboard 200.