Katedral Helsinki Foto: Leonardo Patrizi/Getty Images
Golongan wanita di Finland merupakan golongan wanita pertama di Eropah yang diberi hak untuk mengundi. Bilangan wanita yang memegang jawatan-jawatan besar juga amat tinggi di Finland dalam pelbagai jenis bidang. Lebih kurang 32% daripada jumlah 301,000 orang yang bekerja sendiri adalah wanita. Untuk syarikat yang mempunyai lebih daripada 30 rang pekerja, mereka dikehendaki untuk mempunyai pelan kesaksamaan jantina yang menampilkan perbandingan bayaran antara lelaki dan wanita.
The Telegraph juga pernah menyatakan wanita di Finland lebih senang untuk didekati dan kebanyakan mereka mempunyai penguasaan dalam tiga sehingga empat bahasa asing. Finland juga merupakan salah satu daripada 16 buah negara yang membenarkan golongan wanita mereka untuk bertempur.