Hari Kanada di depan Bangunan Legislatif di Toronto Foto: George Rose/Getty Images
Kanada telah memastikan usaha mereka dalam menjaga hak asasi wanita sebahagian daripada polisi domestik dan asing mereka. Hak wanita sudah mula dijaga di Kanada semenjak tahun 1884 lagi bermula dengan Akta Harta Wanita Sudah Berkahwin.
Negara ini juga telah memperkenalkan The Female Employees Fair Remuneration Act untuk memastikan wanita menerima bayaran yang sama rata dengan golongan lelaki yang mempunyai kerja yang sama. Female Employees Equal Pay Act of 1956 juga membuatkan diskriminasi bayaran berdasarkan jantina sebagai satu kelakuan yang melanggar undang-undang.