Model Victoria’s Secret ini dibayar untuk sentiasa kekal fit, langsing dan cantik tetapi Adriana mengambil komitmen itu ke tahap yang lebih tinggi. Sembilan sebelum acara tahunan pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam itu, model dari Brazil ini hanya mengambil protein shakes, vitamin dan suplemen tambahan dan sentiasa bersama satu pasukan ahli nutrisi untuk memastikan bahawa dia mendapat tenaga yang mencukupi. Selepas itu, Lima mengambil satu bahagian diet terkawal yang mana termasuklah dengan sarapan pagi yang besar dan secara perlahan mengurangkan pengambilan kalori hari demi hari.