Theo James Disunting Boss Parfums

Theo James Disunting Boss Parfums

Theo James for BOSS ParfumsGambar: Hugo Boss

 
Watak sebagai Four dalam filem The Divergent Series mengangkat nama Theo James ke tahap antarabangsa dan kini tuahnya menjangkau ke label fesyen mewah apabila dipilih untuk menjadi wajah baru haruman Hugo Boss.
 
Pilihan aktor itu dilihat bertepatan dengan ciri Hugo Boss yang penuh konfiden serta daya tarikan mempesona. Kempen dibintanginya itu bakal dilancarkan September nanti dengan wangian aroma yang lebih maskulin dan menawan, menandakan perluasan jajahan baru dari jenama mewah itu.
 
Mengulas lanjut mengenai peranannya itu dia berkata, “Ianya merupakan suatu penghormatan untuk menghiasi kempen wangian terbaru Boss Parfums. Saya sentiasa mengagumi Boss yang mencapai keseimbangan sempurna antara klasik dan kontemporari.”
 
Ini juga merupakan kempen besar pertama dibintangi Theo James. Selain The Divergent Series, dia juga bakal muncul dalam dua filem lain lewat tahun ini iaitu Franny lakonan bersama Dakota Fanning dan Richard Gere serta London Fields bersama Billy Bob Thornton dan Amber Heard.
 
 

See also
Lima Penggayaan Tuksedo Paling Bergaya Dalam Filem