Taufik Kamal - Tugas dj sebagai minat yang berubah menjadi hobi

Taufik Kamal – Tugas dj minat yang berubah menjadi hobi

Taufik KamalGambar: Patrick

 
Taufik Kamal, 31, menganggap tugas dj sebagai minat yang berubah menjadi hobi. Biarpun bertugas tetap sebagai Pengarah Seni dengan syarikat produksi, Taufik tegar menjadi dj di kelab-kelab tertentu sekitar kota terutamanya lewat dua tahun kebelakangan ini. Muzik adalah cara dia mengekspresikan dirinya dan kebolehan membuat orang menari dan bergembir memberi kepuasan kepadanya.
 
“Saya suka memakai apa sahaja yang membuat saya selesa. Berpakaian juga menggambarkan mood saya. Apabila saya rasa dark and gloomy saya akan memakai warna-warna gelap sebaliknya kalau saya gembira, kamu akan lihat saya menyarung rona-rona terang.”