Sewaktu diumumkan bahawa namanya disunting menjadi tunjang utama filem tumpuan ramai Fifty Shades of Grey, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan Jamie Dornan.
Memulakan karier sebagai pelakon pada 2006, Jamie kemudian muncul dalam bidang peragawan. Wajahnya antara yang sering menjadi pilihan majalah serta jenama mewah seperti Calvin Klein dan Armani. Namanya mula menjadi sebutan selepas muncul dalam drama televisyen fantasi Once Upon A Time. Bakatnya kemudian diiktiraf apabila melakonkan watak sebagai pembunuh bersiri menerusi drama rangkaian The Fall.
Telah menamatkan zaman bujang pada tahun 2013 dengan mengahwini pemuzik English, Amelia Warner. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lebih setahun.