Manchester United x TAG Heuer

Manchester United x TAG Heuer

Pasukan bola sepak paling popular dunia. Jenama jam tangan Swiss yang sinonim dengan kualiti tinggi dan inovasi revolusioner. Apabila disatukan, menjanjikan satu persahabatan yang bakal meraih kegemilangan.
 

Loic Biver and Jamie Reigle exchange gifts and kick off the global partnership with four players

Loic Biver dan Jamie Reigle bertukar cenderamata sambil menlancarkan kerjasama global di antara mereka, ditemani pemain-pemain unggul Manchester United.


 
Manchester United kini memilih TAG Heuer sebagai Penjaga Masa Rasmi juga Rakan Kongsi Global mereka. “Kolaborasi ini kaya dengan sinergi, dan akan memperluaskan lagi kehadiran TAG Heuer di China,” kata Jean-Claude Biver, CEO TAG heuer dan Presiden LVMH Watch Division. “TAG Heuer bukan sekadar ‘menaja’, malah ‘berkolaborasi’ dengan pasukan, organisasi dan individu ikonik yang berkongsi nilai dan visi seumpama kami. Dengan Manchester United, kami sampaikan semangat, emosi, kebahagiaan, impian, organisasi, strategi dan akhirnya kemenangan… nilai-nilai yang turut dipegang oleh jenama kami dan mereka yang membeli dan memakai jam tangan kami.”
 
Ashley Young and Henrikh Mkhitaryan show off TAG Heuer branded jersey

Ashley Young dan Henrikh Mkhitaryan mempertayangkan jenama TAG Heuer pada jersi baru mereka.


 
Pasukan pertama kelab bola sepak ini bersama Pengarah Komersil mereka, Jamie Reigle meraikan kerjasama baru itu bersama Ketua Pemasaran (Greater China) LVMH Watch & Jewellery, Loic Biver di Beijing sempena Tour 2016 mereka, anjuran Aon.
 
Turut hadir di majlis istimewa itu Pengurus Besar (Greater China) TAG Heuer, Leo Poon juga duta Manchester United, Ji-sung Park dan Denis Irwin, dua pemain paling cemerlang, dengan 11 kejuaraan Premier League dan 2 kejuaraan Champions League di antara mereka.
 
“Di bawah pimpinan pengurus baru, kami begitu bangga berada di China, menikmati sokongan besar dan kesetiaan peminat di sini sambil kami bersiap sedia untuk menghadapi musim akan datang,” jelas Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold. “TAG Heuer ialah rakan kongsi yang cukup lengkap untuk menyokong kami. Sejarah organisasi kami berdua berkongsi era yang sama, juga berjaya mengatasi cabaran-cabaran yang menimpa untuk tampil lebih kuat dalam usaha kami mencapai tahap kecemerlangan tertinggi. TAG Heuer memahami bahawa perjalanan ini sesuatu yang berterusan, bagaikan masa. Dan saya berbangga kami kini melalui perjalanan ini bersama-sama.”
 
Usahasama ini memperkenalkan TAG Heuer kepada 659 juta pengikut Manchester United serata dunia, dengan 107 juta daripadanya di China. Pasti menjaminkan satu persahabatan yang dinamik dan berpotensi besar.

See also
Naomi Osaka: 5 Fakta Menarik Mengenai Juara Tenis & Fashion New IT Girl