KL’S ‘SURVIVAL GUIDE’ JADI STYLISH - Glam Malaysia

KL’S ‘SURVIVAL GUIDE’ JADI STYLISH

GLxx

 

PANDUAN GAYA
Hanya perlu berani. Di Kuala Lumpur, arena fesyennya kian berkembang. Melihat individu-individu tempatan yang tidak gentar dengan penampilan masing-masing, jelas evolusinya. Syarat-syaratnya adalah:
• Individualistik
• Memakai sesuatu yang orang tempatan lain tidak pakai
• Memartabatkan helaian pereka-pereka tempatan generasi baru
• Mengadaptasikan gaya antarabangsa dan disesuaikan dengan iklim atau situasi tempatan
• Jangan terlalu mencuba
 
ACARA FESYEN TANAH AIR
Cuba selitkan diri dan banyak menghadirkan diri ke acara-acara fesyen tempatan. Jika kamu dalam industri media, beruntung sangat.
 
KEEP UPDATED!
Ya! Keep yourself updated. Dengan isu-isu terbaru yang berkaitan dengan fesyen. Antarabangsa atau tempatan, nampaklah berilmu sikit.
 
KENALI ‘INDIVIDU FESYEN’ TEMPATAN
Bergaul dengan insan-insan fesyen – sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Sekali gus, mengubah sedikit sebanyak cara berpakaian dan berani untuk jadi ‘stylish’.
 
COOL HANGOUTS
To be seen. Ke kafe adalah no brainer. Rata-rata, anak-anak muda ‘stylish’ sering ke tempat sebegini. Cadangan satu lagi adalah ke Food Festival atau Music Festival. So put on your best dress. Lebih unik jika kamu memilih unuk ke kawasan Masjid Jamek, Chow Kit atau mana-mana yang orang lain tidak jangka. Sarungkan helaian paling ‘stylish’ kamu ke lokasi-lokasi ini, membuatkan kamu kelihatan cool.
 

See also
"Saya sukakan lelaki yang ada pendirian" - Tiz Zaqyah