Keith Foo - Glam Malaysia

Keith Foo

Sepuluh tahun Keith Foo mengabdikan diri di negara jiran. Antara ibu bapa, teman wanita dan negara tercinta dia kembali ‘membayar hutang’ yang dia rasa ada.
 
glam-lelaki-keithfoo-cover-story-jan14

Syarat untuk membina badan diberikan sebulan sebelum untuk lelaki ini menghiasi muka depan. Semuanya kerana ingin disesuaikan dengan body issue GLAM Lelaki yang dijadualkan Januari tiap tahun. Dia sanggup menyahut cabaran itu balasnya melalui whatsapp bersama editor. Keith Foo, namanya masih asing bagi industri hiburan tempatan. Belum setahun di tanah air, sebelumnya dia ‘mencuba nasib’ di Indonesia melatari iklan-iklan TV dan cetak kemudian bercambah menjadi pelakon.
 
Aktor kacukan Cina (bapa) dan India (Ibu) ini memperkenalkan diri. “Saya minat menjadi aktor sejak kecil. Mulanya saya membina nama sebagai model iklan di Malaysia dan sejak itu saya mengasah bakat. Waktu itu umur saya 14, after SPM saya belajar di KDU untuk dua tahun, namun tak berpeluang menamatkan pelajaran. Sejarah bermula pabila agen pengiklanan dari Indonesia menghubungi agensi tempat Keith bernaung ketika itu, untuk mengambilnya menjadi model iklan di sana. Pabila dah fikir panjang saya tawakal mencuba nasib.

See also
Peluang bermain untuk Neymar Jr.!

glam-lelaki-keithfoo-cover-story-jan14-2