Jared Leto Potong Rambut Kesayangannya

Gaya Rambut Baru Jared Leto!

JaredGambar: Twitter David Ayer

 
Setelah sekian lama tampil dengan imej rambut panjang, pelakon serta penyanyi Jared Leto akhirnya memotong rambut panjangnya yang menjadi kegilaan ramai!
 
Potongan rambut baru itu bertujuan bagi menyesuaikan watak The Joker yang bakal dilakonkannya dalam filem adaptasi DC Comics, Suicide Squad. Pengarah filem tersebut, David Ayer memuat naik gambar pemenang Oscar itu di laman Twitternya.
 

Jared2Gambar: Twitter David Ayer

 
Gaya rambut Jared sebelum ini mencipta fenomena tersendiri apabila ianya mencuri perhatian bukan sahaja di kalangan peminat tetapi juga kelompok fesyen. Man bun, man braid serta ombre digayakannya terus dianggap sebagai penanda aras gaya rambut baru buat lelaki.