September, permulaan musim baru. Ia juga menandakan senarai 100 paling hangat GL100 kembali! Kali ini GLAM Lelaki mahu pembaca berubah menjadi lelaki alfa, terkedepan dengan info-info perlu tahu yang boleh digunakan sepanjang musim dengan Aaron Chan dan Matthew Chan wajah hadapan.
Dari trend-trend musim luruh, haruman terkini mesti miliki, senaman paling berkesan otot kaki hingga kepada pengarah kreatif baru rumah fesyen agung dunia.
Kami juga memperkenalkan wajah segar fesyen Malaysia, model adik-beradik Aaron dan Matthew Chan menggayakan koleksi terkini.
Turut diselitkan, tip grooming dan senaman yang semestinya berguna untuk gaya hidup lelaki urban.