GLAM Lelaki New Gen 2015
Suasana santai dengan pemandangan bangunan KLCC mengiringi majlis GLAM Lelaki NewGen 2015, bertempat di Avenue K rooftop malam 14 Mei. Bekerjasama dengan TAG Heuer, GLAM Lelaki membawakan lima wajah baru dari lapangan berbeza; Sonaone, Fattah Amin, Asyraf Ali, Daniel Morres dan S.M Azrul S.M Nasimuddin, masing-masing hadir dengan visi serta aspirasi tersendiri dalam menyelami cita-cita mereka.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran kelompok selebriti yang bergaya santai Coachella cool, serta persembahan khas oleh Narmi, Sezairi dan Reharmnation, menawan hadirin dengan rentak muzik dibawakan. Trak makanan yang menghidangkan sajian lazat menjadi tumpuan, sambil duduk santai ibarat berada di festival muzik. Lihat suasana di sekitar majlis.
Sonaone
Asyraf Ali
Azrul Nasimuddin dan teman.
Antara barisan model yang hadir.
Jurusolek yang sering bekerjasama dengan GLAM Lelaki, Emmy Agung.
Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan teman.
Hip TV menemu bual Nukilan Band.
Editor GLAM Lelaki, Azreezal Hafidz ditemu bual HLive.
Kem Salleh, Datuk Shah Rezza dan Khoon Hooi.
Datuk Bernard Chandran dan anaknya, Teri.
Fadzil Zahari dan Yana Samsudin
Editor GLAM Lelaki, Azreezal Hafidz memberi ucapan.