Alpha Men tahun ini beramal lagi dan kali ini seiring dengan alunan penggerak dunia muzik tanahair. GLAM Lelaki senaraikan sepuluh personaliti daripada penyanyi dan pemuzik sebagai barisan Alpha Men 2015. Bakat dan nukilan mereka bakal mengumpul dana yang akan disalurkan kepada badan-badan amal pilihan mereka sendiri.
Berlangsung di Slate at The Row, Kuala Lumpur, majlis amal Alpha Men 2015 yang bertemakan ‘stylish’ berlangsung cukup meriah dengan kehadiran selebriti serta tetamu eksklusif, dihiburkan dengan persembahan penuh tenaga oleh Altimet dan Atilia Haron. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Lords Tailor, Faber Castell, Mini Malaysia dan Aesop yang turut sama menjayakan malam amal Alpha Men 2015 ini.