David Beckham & Biotherm Homme Hasilkan Koleksi Penjagaan Wajah Terbaru - Glam Malaysia

David Beckham & Biotherm Homme Hasilkan Koleksi Penjagaan Wajah Terbaru

hero-1-HR (1)

 

Jenama penjagaan wajah mewah dari Perancis, Biotherm Homme baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan ikon bola sepak terkenal David Beckham untuk koleksi penjagaan kulit yang terbaru.

 

Koleksi penjagaan muka dan rawatan premium daripada jenama popular ini membantu melawan kulit kering, sinar UV dan tanda-tanda penuaan sekaligus menampakkan kulit yang lebih sihat. Beckham yang baru-baru ini dinobatkan sebagai ‘Sexiest Man Alive’ oleh majalah People memperakui dia sudah lama memasang angan-angan untuk menghasilkan rangkaian penjagaan wajah. Lantas dia beranggapan peluang bekerjasama bersama Biotherm datang pada waktu yang tepat kerana mereka berkongsi pandangan yang sama dan berharap koleksi ini bakal diterima ramai.

 

Koleksi Biotherm Homme X David Beckham bakal dilancarkan pada tahun 2017. Lihat video kempen di bawah yang baru sahaja dilancarkan oleh jenama hebat ini.

 

https://www.youtube.com/watch?v=LV8t901YEfc