Aura Layar The Godfather

Aura Layar The Godfather

3&4
 
Watak lelaki berkuasa dipotretkan dengan baik dalam filem yang menjana keuntungan yang banyak. Trilogi The Godfather(1972, 1974, 1990) menampilkan sut cantik, three-piece suit dan power dressing mengolah gaya mafia New York dengan berkesan. Pelakon-pelakon hangat saat ini seperti Shukri Yahya, Fadlan Hazim, Hafeez Mikail, Aedy Ashraf menjiwai gaya filem ikonik itu sambil berkongsi pengalaman sebagai pelakon generasi baru.
 
Ramai berpendapat bahawa pelakon generasi baru berlakon hanya berlandaskan rupa paras sahaja, apa komen kamu?
“Ada yang berpendapat pelakon generasi baru tak punya bakat berlakon, hanya berlandaskan rupa paras semata. Harus akui memang ada segelintir pelakon sebegitu, cuma berilah kami ruang dan peluang untuk membuktikan bakat lakonan kami. Janganlah menilai bakat pelakon generasi baru dari sudut negatif sahaja.”- Shukri Yahya.
 
Apakah yang kamu cuba lakukan untuk bertahan dalam dunia lakonan?
“Biarpun masih baru dan menampak dalam seni lakonan, saya mempunyai strategi tertentu agar dapat bertahan lama bergelar pelakon. Saya perlu sentiasa menjadi diri sendiri dan lakukan sesuatu itu berdasarkan idea segar sendiri. Jangan lakukan apa yang pernah dilakukan oleh pelakon lain sedia ada.”- Fadlan Hazim
 
Fadzlan Hazim
 
Apakah pendapat kamu tentang industri filem hari ini?
“Industri filem hari ini masih lemah kalau nak dibandingkan dengan filem luar negara, kita masih tercampak jauh ke belakang. Para pelakon kita pun masih terperangkap dalam kepompong filem tertentu. Ramai pelakon berbakat besar tak diketengahkan disebabkan permintaan penonton yang hanya dambakan pelakon memiliki paras rupa kacak dan cantik sahaja. Ada bakat atau tidak bukan menjadi keutamaan.”- Aedy Ashraf
 
Apakah perasaan pertama kamu masa mula-mula berlakon?
“Masih ingat lagi, saya rasa amat gementar kala berlakon pertama kali. Lebih-lebih lagi saya digandingkan dengan pelakon senior iaitu Ellie Suriati dan Nor Khiriah yang tersangat handal membawa watak masing-masing. Tapi Alhamdulillah, mereka banyak berkongsi dan dapat memberi tunjuk ajar kepada saya tentang skil lakonan. Dan pada masa yang sama, ia dapat mengatasi rasa gementar berlakon.”- Hafeez Mikail
 
*Rujukan GL Oktober 2015
 
 

See also
Gaya Rambut Belahan Tengah Kembali