GLAM Lelaki PROMOSI - JUN 2016 - Glam Malaysia

GLAM Lelaki PROMOSI – JUN 2016

 *klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2016

_______________________________________________________________________________________________

[tab: LET IT BE]

Menang!
22 x ticket Let It Be bernilai RM268 setiap satu 

 

Persembahan Muzikal LET IT BE, THE BEATLES 
 
Dari West End London dan Broadway New York, persembahan hit antarabangsa, Let It Be, muzikal lagu-lagu The Beatles telah membuat debut mereka selama 8 minggu di seluruh Kanada dan Amerika Syarikat pada musim bunga 2015. Kali ini Let It Be kembali dengan persembahan baru, membawa anda menggamit kembali kenangan nostalgia ‘60-an dari pentas Ed Sullivan hingga ke Abbey Road bersama dengan lagu-lagu hits The Beatles seperti Hard Day’s Night, Day Tripper, Sgt Pepper’s Lonely Hearts Club Band, Twist and Shout, Get Back, Strawberry Fields, I Wanna Hold Your Hand dan banyak lagi. Bertempat di Plenary Hall Kuala Lumpur City Centre, persembahan muzikal The Beatles ini bakal menghiburkan anda bermula dari 14 hingga 17 Julai 2016. Bagi anda yang ingin menyaksikan persembahan Let It Be secara live, tiket boleh didapati di TicketCharge atau di laman web www.TicketCharge.com.my

 

__________________________________________________________________________________________________________________

See also
GLAM Lelaki Music Gives Back Series

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: ALAIN DELON]

Menang!
9 x Jam tangan Alain Delon Timepiece bernilai
RM5,827 kesemuannya

KOLEKSI LUMINOUS ALAIN DELON
Selaras menjangkau abad ke-21, Alain Delon Timepiece memperkenalkan koleksi jam tangan edisi terbaru bertemakan Luminous yang membolehkan si pemakai menggayakan di mana sahaja walaupun dalam gelap! Koleksi terbaru Alain Delon ini merupakan koleksi edisi terhad yang dilengkapi dengan dail dan indeks berwarna biru dan hitam matt manakala talinya disaluti dengan foto-luminescent Super-LumiNova® tanpa radioaktif yang membolehkan ia kelihatan pada bilabila masa. Dengan pengaktifan mencukupi yang terhasil melalui cahaya artifisial serta cahaya matahari, jam tangan ini akan kelihatan bercahaya dan bersinar dalam suasana gelap buat jangka masa panjang.

 
Peranti ini menggunakan kuasa pergerakan kronografi kuarza di dalam setiap steel case tahan karat yang didatangkan bersama kristal anti-pantulan tanpa menjejaskan permukaan jam. Sesuai digayakan ketika santai atau di mana sahaja, warna biru NATO dan hijau di sisi pada tali jam tangan menjadi daya tarikan pada si pemakai koleksi edisi terhad Alain Delon. 

__________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: FITBIT]

Menang!
 6 x Jam Kecergasan Fitbit Surge bernilai
RM1,200 setiap satu

Fitbit Surge_All Colours snap

 

Jam Kecergasan, Fitbit Surge

Teknologi tiada tandingan, Fitbit dicipta bertujuan bagi membantu anda mencapai matlamat kecergasan yang anda inginkan! Jam kecergasan Fitbit Surge membantu mengira statistik aktiviti seharian anda tidak kira senaman, kalori yang diambil, berat badan dan juga kualiti ketika anda sedang tidur. Peranti ini memaparkan jumlah langkah yang dilakukan, kalori yang dibakar sepanjang pergerakan di skrin LCD Fitbit Surge.
 
Fungsi PUREPULSE™ Heart Rate
Refleksi lampu LED pada kulit berfungsi sebagai alat pengesan perubahan pada darah, dan mengesan kadardegupan jantung ketika melakukan pergerakan.
• Memaksimumkan aktiviti senaman dengan menggunakan kadar degupan jantung
• Mengekalkan intensiti dalam mencapai matlamat kecergasan
• Memantau jumlah kalori yang dibakar ketika melakukan aktiviti kecergasan 

 
Teknologi GPS Tracking 
Satu-satunya jam tangan yang menerapkan teknologi GPS yang direka khas buat si pemakai. Fitbit Surge memaparkan jarak, kadar serta ketinggian semasa aktiviti kecergasan di samping merekod laluan yang digunakan. Sesuai digunakan bagi anda yang ingin memantau prestasi serta mendapatkan jarak serta kadar perjalanan semasa melakukan aktiviti larian.
__________________________________________________________________________________________________________________

See also
GLAM Lelaki Julai 2014


Click here if you have issue accessing the promo form above