10 Azam Lelaki Patut Buat

10 Azam Lelaki Patut Buat

Handsome stylish manGambar: INGimage

 
1. Do It Yourself!
Ya, tidak semua lelaki pakar D.I.Y tetapi sebagai lelaki sekurang-kurangnya anda perlu tahu kegunaan gergaji, sepana ataupun playar. Anda akan rasa puas apabila berjaya menyiapkan sesuatu projek. Percayalah!
 
2. Membaca Karya Agung
Buang komik atau majalah hiburan yang berkisar gosip saja. Sudah tiba masanya anda mengenali Datuk A.Samad Said, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka dan Tash Aw.
 
3. Buat Temu Janji Untuk Pemeriksaan Perubatan
Lelaki sukar berkata ‘ya’ untuk doktor. Atasi perasaan kecut kerana kesihatan lebih penting daripada segala-galanya. One small step mungkin menyelamatkan nyawa anda.
 
4. Lawatan Persidangan Kerjaya
Masih ramai di luar sana yang tidak berpuas hati dengan jawatan dan pendapatan mereka setiap bulan. Sertai persidangan kerjaya. Ia mungkin boleh membantu anda lebih bermotivasi. Jika tidak, don’t waste your time and resign!
 
5. Beri Tumpuan Sepenuhnya Pada Hobi Anda
Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Jika minat sesuatu, buat bersungguh-sungguh. Sama ada bersukan atau bermain muzik, pastikan anda punyai masa untuk lakukannya.
 
6. Bersenam
Sudah-sudahlah dengan aktiviti makan tengah malam. Tiada masa bukan alasan. Berjalan atau joging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi.
 
7. Buka Akaun Simpanan
Duit gaji yang masuk tiap-tiap bulan dalam akaun tidak dikira akaun simpanan. Buka akaun yang tiada kad ATM.
 
8. Atasi Ketakutan
Semua orang mempunyai ketakutan sendiri. Ya, bukan senang untuk atasi ketakutan tetapi belajarlah cara untuk menanganinya. Bungee jumps anyone?
 
9. Bantu Mereka Yang Memerlukan
Sama ada menjadi sukarelawan atau membantu sesiapa saja yang memerlukan.
 
10. Melancong Ke Destinasi Baru
Keluarkan pasport, tarik beg galas, pergi ke lapangan terbang and you are on your adventures.
 
 

See also
Senaman Dada Idaman