Tyra Kamaruzzaman Kongsi Berita Hamil Anak Kedua - Glam Malaysia
Tyra Kamaruzzaman kongsi berita hamil anak kedua

Tyra Kamaruzzaman Kongsi Berita Hamil Anak Kedua

Tyara bakal dapat adik! Selepas dengar desas-desus mengatakan bintang pempengaruh ini hamil anak kedua, baru-baru ini Tyra tampil satu perkongsian di Instagram menerusi kapsyen mengesahkan dia kini berbadan dua.

Menerusi kapsyen ringkasnya ucapan Hari Lahir buat suami tercinta, Tyra menyelit ‘hint’ yang mengatakan dia kini sedang berbadan dua.

“Happy birthday to my Emran, to Tyara & Baby E’s Ayah, the “Em” to our family and your close friends, the “Ayahsu” to your nephews & nieces, the “Uncle Em” to my nephews and nieces, the “Emri” to the people who know you through your line of work, to Serra’s “A’Em”, to my “Mr Visionary”- Tyra

Pengikut setia Tyra yang terkejut dengan perkongsian mengejut ini tidak lupa mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Ramai yang turut berkongsi doa dan harapan agar perjalanan kehamilan Tyra kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, tahniah Tyra! Semoga dipermudahkan segalanya,” tulis seorang pengikut.

See also
GLAM Expose: Marrying Rich! Ibu Groom Anak Sebagai Bon Masa Depan

“MasyaAllah, happy for you both! Tyara nak jadi kakak dah,” komen yang lain.

Tyra

Pada 19 Januari 2025, Tyra Kamaruzzaman dan suaminya, Emran, selamat menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, Tyara Binti Emran. Tyara yang bakal menyambut ulang tahun pertama tidak lama lagi, nampaknya sudah bersedia untuk menjadi kakak kepada adik barunya.

Sepanjang kehamilan anak sulung, Tyra tidak lokek berkongsi detik-detik manis dan mencabar sepanjang mengandung. Malah, perkongsian jujur dan down-to-earth beliau tentang pengalaman keibuan mendapat sambutan hangat dalam kalangan ibu-ibu muda yang turut melalui fasa yang sama.

Kini, dengan kehadiran Baby E yang sedang dalam perjalanan, pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengikuti journey kehamilan kedua Tyra. Diketahui, Tyra dan Emran merupakan antara pasangan pempengaruh yang sangat menjaga privasi keluarga mereka, namun sesekali memberikan glimpse kehidupan rumah tangga yang penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.

Tyra

GLAM mendoakan semoga Tyra sihat sejahtera sepanjang tempoh mengandung dan Baby E dilahirkan dengan selamat. Tahniah sekali lagi kepada Tyra dan Emran!

See also
Retorik: Social scenes then and now

Kredit Gambar : Tyra Kamaruzzaman Instagram

Artikel berkaitan GLAM JUNIOR: Tyara Penyeri Hidup Tyra Kamaruzzaman & Emran

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan