Malas Berpantang Di Rumah, 7 Confinement Centre Untuk Ibu Moden - Glam Malaysia

Malas Berpantang Di Rumah, 7 Confinement Centre Untuk Ibu Moden

10 tahun lalu, ibu berpantang di rumah. Kini, trend makin berubah hanya berkunjung ke Confinement Centre segalanya sudah tersedia. Happy Mummy! Happy Daddy! Tak begitu…

Confinement Centre atau pusat berpantang ini ibarat santuari pemulihan eksklusif lagi premium buat para ibu! Selepas 9 bulan mengandung dan melalui proses bersalin yang mencabar, every mama deserves the royal treatment! Semakin banyak Confinement Centre dibuka di sekitar Klang Valley. Yang menawarkan pelbagai pilihan menarik yang menggabungkan tradisi pantang secara tradisional dengan kemudahan moden. Dari suasana hotel bintang lima hingga perkhidmatan spa eksklusif, inilah 7 pusat pantang yang akan membuat tempoh pemulihan anda rasa seperti percutian mewah!

GLAM Junior lihat ada juga di antara selebriti dan bintang pempengaruh digital turut memilih untuk berpantang di Confinement Centre. Antara yang terlihat pernah berkunjung ke pusat berpantang ini seperti Elisha Sandha, Naddy Rahman, Jane Chuck dan ramai lagi. Ramai ibu selepas bersalin kini beralih daripada mengupah confinement lady yang tinggal di rumah bersama, sekarang ini memilih untuk mendaftar masuk ke pusat jagaan pantang selepas melahirkan anak. Keluar sahaja hospital terus ke confinement centre.

Sebenarnya trend berpantang di pusat jagaan ibu dan anak ini, sudah lama berada dalam bisnes. Namun, ia hanya popular dalam kalangan warga Cina bukan Melayu. Kerana budaya kita ada agak taboo akan penjagaan secara moden dan tidak mengikuti pantang larang tradisional yang sejak berkurun diamalkan. Tanya diri anda, adakah anda ingin cara tradisional secara di rumah atau berada di confinement centre? Saya mempunyai pengalaman tidak manis apabila dijaga oleh pengasuh pantang kerana at the end of the day, saya yang jaga diri sendiri dan anak. Pengasuh hanya datang masak, urut dalam masa 30-40 minit, sediakan bahan mandian untuk ibu dan anak. Selepas itu, dia pulang bekerja hanya 2-3 jam sahaja. Alangkah bagus, jika saya tahu pasal confinement centre di awal mengandung.

Sebagai wanita yang pertama kali bergelar ibu, pastinya tidak semua perkara anda tahu, terutama pemulihan diri, fizikal dan minda. Jika di confinement centre, pastinya mereka telah menyusun apakah rutin, pemakanan, aktiviti yang sesuai untuk semua ibu. GLAM Junior bariskan 7 confinement centre terbaik di sekitar Klang Valley dari pilihan pusat gaya banglo yang selesa hingga ke pusat penjagaan mewah seperti berada di hotel 5 bintang:

See also
Anak Gadis Cindy Crawford

1. LYC MOTHER & CHILD CENTRE

LYC

Bayangkan anda staycation di hotel selama sebulan, tapi lebih upgrade dengan kehadiran professional medical care dan sesi memanjakan dir setiap hari! Siapa yang tidak mahukan pengalaman ini bukan? Di LYC menggabungkan penjagaan pantang tradisi Cina dan rawatan perubatan secara tradisional. Bagi sesi spa ibu berpantang, LYC menggunakan Tanamera yang sememangnya terkenal menjadi kesihatan ibu. Ibu jangan risau di LYC adanya jururawat bertauliah, In-House Doctors pakar laktasi yang akan mengajar and acara tepat untuk laktasi dan dietitian.

LYC

Harga bermula RM5,400- RM21,300 (tertakluk kepada pakej dan jenis bilik)

Lokasi: TTDI, Puchong, Bukit Jalil, Plaza Bukit Jalil

2. SERENITY ELITE CONFINEMENT CENTRE

Serenity

Pilihan Elisha Sandha dan Naddy Rahman. Serenity Elite Confinement Centre ini menggabungkan cara berpantang secara saintifik dan moden. Sejak ditubuhkan pada 2014, dengan lebih 10 tahun pengalaman, pusat ini menawarkan penjagaan ibu secara professional eksklusif untuk ibu yang Cesarean, penjagaan bayi secara intensif, pengambilan makanan sihat untuk ibu berpantang dan program wellness.

Harga bermula : RM 9,888 – RM13,000 (tertakluk kepada pakej dan jenis bilik)

Lokasi: Dorsette Residences Sri Hartamas (Level 7)

3. LITTLE PRECIOUS POSTNATAL CARE

Antara confinement centre yang selalu slotnya penuh! Gabungan amalan pantang tradisional Cina yang terbukti dan penjagaan perubatan selepas bersalin moden. Pusat pantang ini menyediakan penjagaan profesional yang diperibadikan dan khusus melalui pasukan pakar obstetrik, pakar pediatrik, pengamal perubatan tradisional Cina, pakar pemakanan, fisioterapis, dan perunding laktasi. Ini adalah untuk membantu ibu-ibu memulihkan tenaga dalam persekitaran yang tenang dan selamat serta memberikan bimbingan kepada ibu-ibu baru mengenai penjagaan bayi mereka.

Little Precious

Bayi yang menangis selalunya tidak dapat diramal dan sukar diurus. Di Little Precious, akan memastikan ibu mendapat rehat yang mencukupi pada waktu malam dan bayi dijaga dengan teliti. Jururawat bertauliah dan berpengalaman sentiasa sedia 24 jam untuk memberikan kelegaan dan bimbingan. Pemulihan ibu dan penjagaan bayi yang sepatutnya adalah keutamaan di sini.

See also
Foto Rasmi Hari Pertama Puteri Charlotte Di Sekolah Membuatkan Orang Ramai Cair

Little Precious

Kunci kepada pemulihan selepas bersalin yang betul ialah nutrisi yang seimbang. Menu yang tersedia dan dipilih oleh pakar pemakanan dan chef yang berkelayakan. Diet pantang 4 minggu kami direka untuk membina semula kecergasan fizikal dan mental. Kami menyajikan sup herba Cina tradisional yang terbukti untuk nutrisi, dan minuman selepas bersalin yang disesuaikan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu.

Little Precious

Eksklusif servis di Little Precious, jururawat khusus menemani ibu dan bayi ke pemeriksaan selepas bersalin di hospital atau klinik, memastikan keselesaan berpanjangan.

Little Precious

Harga bermula : RM 28,888 ke atas (tertakluk kepada pakej dan jenis bilik)

Lokasi: Level 6,7,8 & 9 Boutique Office 3 (B03D) Menara 3A, KL Eco City, Jalan Bangsar

4. THE NESTING PLACE CONFINEMENT CENTRE

Nesting Place

Komited dalam mengekalkan inklusif budaya dalam amalan setiap budaya. Malah, juga memastikan setiap aspek perkhidmatan penjagaan pantang selepas bersalin kami merangkumi kepelbagaian tradisi Malaysia yang kaya. Memahami keperluan setiap  ibu dan keperluan bayi baru lahir berbeza-beza, itulah sebabnya The Nesting Place menyusun perkhidmatan dengan teliti untuk menggabungkan campuran harmoni antara herba dan amalan TCM, serta terapi Melayu (urut dan bengkung), yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik setiap ibu dan bayi. Antara fasiliti yang menarik seperti  Manicure and pedicure, spa, swimming, gim untuk si ayah, urutan postnatal dan n-house lactation consultant.

Nesting Place

Harga bermula : RM 3,500 – RM32,000 (tertakluk kepada pakej dan jenis bilik)

Lokasi: Block C, Level 7 & 8, MAHSA Avenue, Petaling Jaya

Artikel berkaitan GLAM JUNIOR: Intip Dekorasi Bilik Anak Intan Najuwa Yang Stylish

5. TERRA CONFINEMENT CENTRE

Terra

Terra Confinement Care adalah pusat kesihatan selepas bersalin yang menyediakan penjagaan dan sokongan kepada ibu dan bayi baru lahir. Kami mengiktiraf kepentingan penyembuhan selepas kelahiran, Terra direka bentuk dengan elegan untuk menyediakan persekitaran mewah dan kondusif untuk relaksasi, pemulihan tenaga dan pemulihan kesejahteraan anda. Pasukan khusus profesional terlatih dan bertauliah kami di sini untuk memastikan penjagaan profesional diberikan kepada ibu dan bayi. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada anda dan bayi anda seperti rawatan fisioterapi selepas bersalin, penjagaan kejururawatan profesional, lawatan doktor profesional dan rawatan tradisional berasaskan bukti.

See also
Bicara Deko - Commune Berkongsi Idea Kediaman Vintaj Moden

Terra

Harga bermula : RM 12,888- RM26,888 (tertakluk kepada pakej dan jenis bilik)

Lokasi: L1-15, PJ Midtown, Jalan Kemajuan Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

6. ROYCE POST PARTUM & POSTNATAL CENTRE

Royce

Tenang, eksklusif dan peribadi. Pusat Selepas Bersalin dan Postnatal Royce (Royce PPC) menawarkan tempat perlindungan yang menenangkan dengan lima bilik dan bertemankan taman berlandskap untuk mereka yang menginginkan tempoh pantang yang terpencil dan tenang. Royce PPC menyesuaikan perjalanan pantang untuk setiap ibu, menawarkan kelas keibubapaan secara sendirian dan memperibadikan setiap pendekatan dengan nasihat profesional. Waktu makan juga dibuat mengikut citarasa individu, dengan hidangan kejutan gaya omakase harian.

Harga bermula : RM 26,500 ke atas (tertakluk kepada pakej dan jenis bilik)

Lokasi: Lorong Dungun, Damansara, 50490 Kuala Lumpur

7. LILI RETREAT

Lili Retreat

One-Of-A-Kind Confinement Retreat! Alami tempoh berpantang secara Wellness & Holistic yang dikelilingi oleh alam semula jadi bukan dinding konkrit. Pusat pemulihan seluas 20,000 kaki persegi ini mengutamakan pemulihan fizikal anda, kesejahteraan emosi dan melengkapkan ibu (& bapa) dengan pengetahuan bayi baru lahir.

Sesi penjagaan rapi ibu dan bayi diketuai ketua jururawat yang menjalankan pemeriksaan harian untuk memantau kesihatan dan kesejahteraan anda, termasuk penjagaan khusus untuk anda dan bayi anda yang membolehkan anda fokus pada dengan bayi.

Di Lili Retreat, menawarkan pelbagai aktiviti kesihatan untuk menyokong pemulihan fizikal dan mental anda sambil menyediakan persekitaran penyayang untuk anda dan bayi. Rasai kuasa transformatif yoga, berehat dengan sound bath yang menenangkan, dan nikmati urutan selepas bersalin yang memulihkan tenaga. Ditawarkan untuk pakej penginapan dari 7 hari hingga ke 42 hari. Hanya 8 ibu dalam satu masa.

Lokasi:  24, Jalan 16/5, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Artikel berkaitan 6 Tips Penting Untuk Menjaga Kesihatan Ibu Selepas Bersalin

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan