Use your ← → (arrow) keys to browse
Fit Pada Tubuh
Sesetengah ibu bapa sering memikirkan masa depan. Membeli pakaian buat anak dengan saiz yang lebih besar supaya boleh dipakai untuk masa yang akan datang. Tetapi pakaian yang terlalu besar akan menjadikan lebih banyak masalah. Ia menyebabkan si kecil tidak selesa dengan pakaian yang terlampau besar dan tidak sesuai untuk tubuh yang kecil. Dengan pemilihan saiz yang tepat, ini akan mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku, si kecil juga akan menjalankan hari-hari mereka dengan selesa dan selamat.