Use your ← → (arrow) keys to browse
Pemilihan Warna
Pemilihan warna adalah bergantung kepada ibu bapa sendiri. Ada ibu bapa yang suka akan warna gelap dan ada sesetengahnya menyukai anak-anak mereka dalam warna yang terang. Akan tetapi pemilihan warna terhadap baju dan seluar haruslah sama padan. Kita tidak mahu si kecil melihat seperti badut kecil yang sedang berjalan apabila diluar. Jika baju digayakan warna yang terang, seluar boleh digayakan bersama warna yang sedikit gelap. Kebiasaanya warna hitam dan putih adalah warna yang senang digayakan.