Use your ← → (arrow) keys to browse
Cuci Kotoran Dengan Segera
Lebih cepat lebih selamat. Mengabaikan sebarang kesan pada tudung anda boleh merosakkan fabrik dan meninggalkan tompok hodoh yang sukar dibersihkan. Kesan ini boleh terjadi apabila kita memakai sunscreen, losen, alat solek, dan sebagainya kerana ia boleh meninggalkan kesan dan merosakkan tudung anda dengan mudah. Walaupun kemalangan seperti tumpahan tidak dapat dielakkan akan tetapi jika ia berlaku, pastikan anda segera mencuci kawasan yang sudah terjejas dengan kotoran. Lebih cepat anda membasuhnya, lebih baik peluang anda menyelamatkan tudung anda.