Elle Headscarves Menghembus Jiwa Parisian Tatkala Berhijab

Elle Headscarves Menghembus Jiwa Parisian Tatkala Berhijab

Falsafah Elle sebagai sebuah jenama adalah untuk membuatkan wanita Elle merasa moden, inovatif, dinamik, bersemangat dan befikiran terbukan. Seorang wanita yang bangga dengan individualiti serta kebebasannya seperti Amira Othman merangkumi semua nilai-nilai yang dihargai oleh Elle.

 

Dengan Elle Headscarves, mereka telah memberikan sentuhan Parisian untuk disesuaikan dengan fesyen sederhana Malaysia sekaligus melahirkan koleksi yang suave, riang dan elegan. Koleksi ini juga turut diinspriasikan oleh seni bina Perancis yang melambangkan sesuatu yang berstruktur namun masih lagi mengekekalkan elemen minimal menggunakan garis dan fabrik. Cocok dengan inti pati ELLE musim Bunga/Panas 2018. Lawati FashionValet.com untuk dapatkan skarf pilihan anda dan follow Elle di Facebook (@Elleboutique) dan IG (@elleheadscarvesmy).

1 of 5

KERCHIEF

Koleksi yang memberikan aura seorang wanita yang kontemporari, bertenaga dan witty. Dengan rekaan petak dan garis grafik yang bold menggunakan kontra antara rona warna dan fabrik sutera satin yang lembut. Boleh didapati dalam enam rona berbeza yakni Almost Tan, Smoked Green, Marshmallow White, Lilac Marble, Glacier Gray, dan Moonless Night.

See also
Video Taylor Swift Dinanti-nanti Ramai Akhirnya Dilancarkan di VMAs!