Sophia Khan Lancar Ulu Soliel, Produk Cantik Lestari Mesra Bumi

Sophia Khan Mahu Ulu Soleil Sebagai Produk Cantik Mesra Bumi

Sophia Khan adalah pengasas jenama kecantikan Ulu Soleil. Baginya, gaya hidup kelestarian sepatutnya bermula dari menjalani gaya hidup lebih asas dan meninggalkan hal-hal membawa ke arah kesan negatif terhadap bumi. Kita perlu selalu sedar untuk lebih menjaga alam. Penting untuk menghasilkan produk kecantikan kelestarian bukan semudah disangka. Namun, Sophia Khan lakukan juga kerana merasakan dirinya bertanggung jawab untuk memberi sumbangan terhadap alam. Inisiatif kelestarian ini sangat penting. Ulu Soleil mencari cara untuk mendapatkan kandungan bersesuaian. Semestinya memberi impak terutama menghasilkan bekas inovatif. Semuanya demi menjaga dunia.

sophia khan

“Sustainable beauty to me is beauty that can live in harmony with Mother Nature. Semestinya tidak menyumbang keburukan terhadap masyarakat dan persekitaran terutamanya. Kita perlu berusaha untuk hidup aman dengan semua penduduk bumi,”ujarnya tersenyum manis. Ulu Soleil adalah produk penjagaan kulit mesra pulau yang berkesan memelihara tubuh badan. Ulu adalah singkatan Uluwatu, Bali, sebuah pulau mistikal di mana idea produk ini terhasil di sini. Manakala soleil pula bermaksud matahari dalam Perancis.

Ketelusan itu penting, terutama di dalam dunia kecantikan. Kita perlu tahu apa kandungan yang dioles pada kulit setiap hari. Wajib tahu dari mana ia datang dan apa pula kesan terhadap kulit. Sophia Khan mengaku betapa sukarnya dia mencari produk berkesan. Agak lama dia cuba memahami dan lebih sukar untuk menjelaskan segala. Inilah penjenamaan Ulu Soleil bergaya ‘solution-centric’ iaitu lebih mesra dengan semua jenis kulit.

Ulu Soleil Idea Sophia Khan Buat Penjagaan Kulit

“Contohnya, jika kulit anda ada Eczema, saya akan sarankan anda mencuba Shea Butter & HA+Vit E. Manakala mereka yang punya masalah parut pula, Shea Butter and Retinol Body Balm paling berkesan. Ulu Soleil mempermudahkan pengguna untuk memahami produk kami terutama bagaimana cara ia boleh membantu. Ketelusan yang kami bina inilah yang telah menanam keyakinan pengguna. Kepercayaan pelanggan paling penting buat saya,” terang Sophia lagi. Ulu Soleil mahu bertanggung jawab dan sedar dengan kesan jenama ini. Sophia mahu di masa depan, apabila waktu berlalu, mereka boleh mengenang 10 tahun lepas yang Ulu Soleil tidak sekali-kali memudaratkan masyarakat dan alam juga.

Baca lanjut dalam GLAM MAC 2023

Artikel Berkaitan: Glam Profil: Yinn Ooi