Isu ke-53 – edisi khas kembara ke negara seberang, Brunei Darussalam menampilkan empat kediaman dalam gaya berbeza untuk tatapan para pembaca GLAM Deko. Kami turut berkongsi kafe menarik untuk dikunjungi bersama menu unik dari negara ini selain pilihan aktiviti, penerbangan dan pengangkutan untuk anda yang berminat berkunjung ke lokasi ini. Tidak ketinggalan seleksi gajet untuk melengkap dan mempermudah gaya kehidupan seharian yang serba moden dan pantas hari ini.