GLAM Deko Januari 2020 - Glam Malaysia

GLAM Deko Januari 2020

Penyelaras & Teks : Suhana Desa,  Arahan Seni : Zulkifli Sulaiman, Gambar : Soo Phye

 

 

Cover GLAM Deko Edisi Tahun Baru 2020 membawakan pilihan kediaman penuh berseni yang diilhamkan sendiri oleh pemiliknya dengan menggabungkan perabot antik sentuhan Mid Century bertemu moden. Gema harmoni tropika mengalir tegar dalam persembahan ruang kediaman milik Pengarah Kreatif, Zulkifli Sulaiman.

“Ini merupakan kediaman kelima yang pernah disewa dalam tempoh 10 tahun. Kenapa saya lebih gemar menyewa? Saya seorang yang mudah bosan dan tidak suka terikat dengan satu-satu konsep sahaja. Sebab itu saya lebih selesa tinggal menyewa dan bebas untuk menukar gaya ruang mengikut mood dan jangka masa yang saya inginkan. Tinggal bujang juga satu bonus agar saya bebas meneroka sesuatu gaya dan paling penting dalam menonjolkan karakter peribadi sendiri,” kongsi Zul yang menetap bersama kucing peliharaan kesayangan, Pablo.