Istimewa bulan ini, GLAM Deko menampilkan Dato’ Rizalman Ibrahim sebagai pengarang jemputan dengan perkongsian idea istimewa membuka tahun baru. Memilih gaya Scandinavian sebagai nadi utama untuk sampul majalah, ia merupakan projek ubah suai kediaman yang telah dilengkapkan oleh cabang perniagaan miliknya. Biarpun gaya sebegini sinonim idea mampu milik, dia merubah persepsi ini dengan bermain elemen mewah namun masih kekal berpaksikan rekaan yang bertunjangkan gaya rekaan asas. Dia turut berkongsi idea palet dan elemen yang boleh anda cuba untuk melengkapkan hiasan kediaman. Untuk kolum Ilham pula, tema warna dan perincian dipilih meraikan kekayaan budaya dan sejarah yang sarat milik tanah India yang turut menjadi inspirasi buat koleksi pakaiannya. Turut dipaparkan idea lima pakar rekaan untuk mencipta ruang yang praktikal mengikut gaya bersesuaian di kediaman anda.