GBC Lulus: 5 Produk Kecantikan Terbaik Untuk Tahun 2024
Setiap tahun pasti sentiasa dimeriahi dengan barisan produk kecantikan terbaharu yang hadir dengan teknologi mengagumkan. Bermula dengan formula yang dipertingkatkan dan bungkusan yang menarik, produk-produk ini telah berjaya mengambil tempat sebagai produk kecantikan terbaik pilihan GBC.
Tiada yang lebih membahagiakan dan mengembirakan hati seorang wanita, selain memiliki kulit wajah cantik dan tandus cela. Editor GBC menampilkan produk kecantikan terbaik bagi tahun 2024 untuk mengecapi kulit mulus sempurna.
1. Guerlain Rouge G Marmo Kiss

Guerlain berkolaborasi bersama House of Pucci untuk himpunan produk musim luruh 2024. Editor GBC memilih produk ini kerana rona kontras dan warna bold lagi intensif yang mengambil ilham daripada rekaan motif marmo yang direka pada 1968 yang diinspirasikan oleh sinar matahari terik di laut Mediterranean.
2. Rare Beauty True to Myself Tinted Pressed Finishing Powder

Bedak wajah ini yang bertekstur ringan dan sangat kompak merupakan sebab Editor GBC menyukai produk ini. Kemasan bedak wajah ini juga hadir dengan tekstur serbuk berwarna yang membuatkan solekan kelihatan semula jadi dan mengurangkan kilaun pada wajah selepas seharian bersolek.
3. The Ordinary Natural Moisturizing Factors + Inulin Body Lotion

Bukan sahaja fokus kepada wajah, The Ordinary kini untuk penjagaan badan yang sesuai untuk setiap masalah kulit badan. Tiga produk seperti serum, emulsi dan losyen badan ini hadir dengan formula seperti asid salicylic, niacinamide dan kandungan baharu iaitu inulin.
4. TAKAMI Skinpeel Essence

Siapa lagi yang masih belum mencuba produk yang berasal dari Tokyo ini? Jenama ini semakin dikenali dan produk Skinpeel Essence menjadi pilihan utama di Jepun dan sudah semestinya pilihan GBC. Ia bertindak untuk melindungi lapisan kulit paling luar secara 0.02 MM hanya dihasilkan dengan bahan penting dan teksturnya mudah diserap dan ringan.
5. Supremÿa At Night The Supreme Anti-Aging Eye Cream

Sisley Paris memperkenalkan produk terkini menerusi barisan anti-penuaan mewah Supremÿa At Night iaitu Supremÿa At Night The Supreme Anti-Aging Eye Cream yang bertindak mengatasi tanda penuaan di sekitar kontur mata secara 360 darjah.
Artikel berkaitan: GBC Lulus: Hadiah Sempurna Lancôme Untuk Musim Percutian Ini
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

