GBC Lulus: 5 Patch Mata Anti-Sembab
Selamat tinggal mata sembab dan letih! Lima patch mata premium yang hadir dengan pelbagai fungsi bakal menjadi penyelamat anda!
Tahukah anda, kulit bawah mata merupakan bahagian paling sensitif! Jika tanpa penjagaan yang rapi, kulit sekitar mata bakal terdedah iritasi yang akan menyebabkan penuaan awal bakal berlaku. Patch Mata adalah direka khusus dengan menggunakan bahan semulajadi yang mampu memberi penyerapan terbaik di kawasan mata.
5 Fungsi Patch Mata Perlu Anda Tahu:
1. Atasi Masalah Mata Bengkak
Kebanyakan patch mata mengandungi kafein yang membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan pembengkakan. Sesuai juga digunakan selepas tidur atau ketika mata kelihatan bengkak.
2. Agen Pelembap Kulit Mata
Kulit di kawasan mata adalah paling nipis dan sensitif. Patch mata mengandungi bahan pelembap seperti asid hialuronik yang memberikan lembapan mendalam, serta membantu mengelakkan kulit mata menjadi kering dan sensitif.
3. Kesegaran segera!
Kebanyakkan patch mata punya fungsi yang memberikan kesan sejuk. Ia membantu mengurangkan keletihan pada kawasan mata. Sebab itu, ia sesuai digunakan sebelum anda bersolek atau berada dalam perjalanan jauh.
4. Kurangkan Kedutan Halus
Kandungan kolagen dan peptida dalam patch mata membantu meningkatkan keanjalan kulit, jika ia digunakan secara konsisten dapat mengurangkan penampilan kedutan halus dan mencegah penuaan pramatang.
5. Memudahkan penjagaan kulit
Jika anda malas untuk melakukan rutin di bawah mata, patch mata adalah solusi terbaik yang cepat dan tidak rumit. Sambil pakai, anda boleh melakukan aktiviti lain.
Lima patch mata premium ini hadir dengan pelbagai fungsi untuk menyelesaikan masalah kawasan mata anda.
PIXI NUTRIFEYE
Sangat berkesan untuk mengurangkan pembengkakan mata dengan kandungan kafeinnya yang tinggi. Patch ini juga diperkaya dengan peptida dan kolagen yang membantu mengurangkan kedutan halus sambil memberikan kelembapan optimum. Penggunaannya yang mudah dan harga berpatutan menjadikannya pilihan popular untuk penjagaan harian.
CHANEL LE LIFT FLASH EYE REVITALIZER
Menonjol dengan teknologi 3.5-DA eksklusifnya. Patch mewah ini bekerja dalam masa 10 minit untuk mengukuhkan dan mengangkat kulit mata yang kendur. Formula istimewanya membantu mengembalikan keanjalan kulit mata dengan pantas.
-
Chanel Le Lift Flash Eye RevitalizerRM575.00
ESTEE LAUDER ADVANCED NIGHT REPAIR CONCENTRATE EYE MASK
Menonjol dengan teknologi 3.5-DA eksklusifnya. Patch mewah ini bekerja dalam masa 10 minit untuk mengukuhkan dan mengangkat kulit mata yang kendur. Formula istimewanya membantu mengembalikan keanjalan kulit mata dengan pantas.
PETER THOMAS ROTH WATER DRENCH HYALURONIC CLOUD
Pilihan utama untuk masalah kulit mata kering. Kombinasi hydrolyzed silk dan asid hialuronik memberikan lembapan mendalam. Teksturnya yang sejuk sangat efektif untuk menyegarkan mata yang letih, terutama selepas penerbangan atau sebelum acara penting. Sesuai untuk pembaikan kulit waktu malam. Teknologi ChronoluxCB membantu pembaharuan sel kulit semasa tidur, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan memulihkan kawasan mata yang letih.
Artikel berkaitan GBC Lulus: Inginkan Solekan Kekal Seharian? Ini 5 Primer Terbaik Untuk 2025
DIOR EYE REVIVER PATCHES
Pula hadir dengan formula yang memfokus kepada pencerahan dan kesegaran mata. Ekstrak tumbuhan khasnya bukan sahaja mengurangkan kedutan, malah memberikan kesan menyejukkan serta-merta. Ia pilihan sempurna untuk persiapan sebelum majlis istimewa.

Setiap patch mata ini menawarkan fungsi tersendiri untuk mengatasi masalah mata yang berbeza. Pilih yang sesuai dengan keperluan anda untuk mendapatkan hasil terbaik dalam penjagaan kawasan mata.
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”





