Aqua Fitness Bersama GBC Love Wellness di Sunway Resort

GBC Love Wellness: Sesi Aqua Fitness Bertenaga Di Sunway Resort

Ahli GLAM Beauty Club (GBC) diraikan minggu lalu dalam siri GBC Love Wellness yang cukup mendapat sambutan hangat. Kali ini, acara berlangsung di Sunway Resort dengan aktiviti utama iaitu sesi aqua fitness yang penuh bertenaga, disertai DIY Lemonade yang segar dan menyeronokkan. Gabungan aktiviti ini memberi pengalaman yang seimbang antara kecergasan dan santai.

Lebih daripada sekadar acara, GBC Love Wellness memberi peluang untuk ahli keluar seketika daripada kesibukan rutin harian. Dengan suasana eksklusif di Sunway Resort, ia menjadi ruang untuk berhubung, berkongsi momen istimewa dan meraikan gaya hidup sihat bersama komuniti GBC.

Seperti edisi sebelum ini, acara ini terus menekankan pentingnya self-care. Daripada aktiviti kecergasan hingga sentuhan santai, setiap elemen dirancang untuk memastikan ahli GBC merasai pengalaman yang bermakna dan bernilai.

Sesi Aqua Fitness dan DIY Lemonade

Acara dimulakan dengan aqua fitness, senaman berintensiti sederhana dalam air yang dipimpin oleh instruktor Nico Dennis yang berpengalaman. Dengan alunan muzik rancak, para peserta melakukan gerakan yang membantu meningkatkan stamina, kekuatan otot dan keseimbangan tubuh. Suasana penuh energi ini menjadikan senaman terasa menyeronokkan dan bukan sekadar rutin biasa.

See also
Kanye West Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya 2024

Selepas itu, suasana bertukar lebih santai dengan sesi DIY Lemonade. Ahli GBC berpeluang menghasilkan minuman mereka sendiri menggunakan lemon segar dan ramuan semula jadi. Aktiviti ringkas tetapi kreatif ini menjadi pelengkap sempurna selepas sesi senaman yang menguji tenaga.

Door Gift Eksklusif

sesi aqua fitness di Sunway Resort

Seperti acara GBC Love Wellness sebelum ini, tetamu yang hadir ke sesi aqua fitness di Sunway Resort ini juga turut menerima door gift eksklusif. Antara jenama yang mengisi beg hadiah ialah Philosophy Malaysia, Chloe Parfums, Clarins serta produk terapeutik daripada Tanamera. Lebih istimewa, setiap peserta juga membawa pulang tumbler edisi khas GBC X Montigo sebagai tanda kenangan.

Dengan gabungan senaman air yang menyeronokkan, aktiviti santai dan hadiah eksklusif, GBC Love Wellness di Sunway Resort sekali lagi membuktikan keistimewaannya sebagai acara yang meraikan gaya hidup sihat dan penuh gaya untuk komuniti GBC.

Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Aqua Fitness Workouts Bakar Kalori Cara Fun!

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.