GBC Dekati Datin Elvina Secara Eksklusif Untuk Dior Spa
Gerakan cantik di Malaysia kini heboh mengenai spa di dalam keretapi mewah! Datin Elvina individu pertama yang menikmati pengalaman eksklusif Dior Spa.
Dior Spa bekerjasama dengan Eastern & Oriental Express menerusi keretapi Belmond menjelajahi serata Asia Tenggara, antara Singapura dan Malaysia sambil menerima rawatan spa terbaik. Megah mengunjungi ke Asia Tenggara pada 22 Jun 2024, Dior Spa bersama Eastern & Oriental Express memberi pengalaman yang unik dengan pemandangan yang indah. Keretapi ini akan melintasi keajaiban Asia Tenggara, di antara Singapura dan Malaysia. Pemandangan panorama yang luar biasa seperti hutan hujan tropika, sawah, laut jernih serta kuil-kuil nenek moyang dahulu akan menemani anda.
Editor GBC diberi peluang eksklusif untuk mendekati Datin Elvina Mohamad tentang pengalamannya kala dijemput untuk menikmati itinerari eksklusif Dior Spa sambil menikmati pemandang tropika indah dan mengikuti sesi rawatan cantik secara holistik yang dihasilkan secara eksklusif hanya boleh didapati di Dior Spa.

PENGALAMAN MENJADI INDIVIDU PERTAMA DI DIOR SPA…
Siapa yang tidak teruja! Saya sentiasa inginkan melakukan rawatan cantik kala berada di atas keretapi! Apabila menerima undangan dari Dior Spa, akhirnya apa yang saya impikan jadi kenyataan. Pengalaman mewah Dior Spa bersama Eastern Oriental Express merupakan kombinasi rawatan elegan Dior disebalik kemewahan Belmond Train.
PERKARA PERTAMA TERLINTAS APABILA MENCUBA RAWATAN CANTIK DI DALAM KERETAPI BERGERAK…
Buat pertama kalinya dalam hidup saya membuat rawatan seperti ini. Cukup menenangkan jiwa! I had a rejuvenating and soothing experience. Selepas habis rawatan, seluruh badan terasa ringan dan segar.
MOMEN TIDAK BOLEH DILUPAKAN…
Saya sangat berpuas hati ketika bersama Eastern Oriental Express. Seperti anda berada dalam dunia berbeza. Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan Dior Spa dan menikmati pemandangan hutan tropika dan sawah padi sambil bermanja di kabin mewah yang didekorasikan khas.
RAWATAN SPA PILIHAN DATIN ELVINA…
All!Hehe… Tetapi paling saya suka adalah Dior Spa D-Tissue Body Treatment, iaitu urutan lembut untuk tisu badan. Ia adalah kombinasi antara pergerakan kuat dan lembut yang membantu mengeluarkan toksin badan dan melegakan otot.

BARANGAN CANTIK ESENSI WAJIB ANDA BAWA…
Sudah tentu, Dior Prestige Le Micro-Sérum de Rose Yeux Advanced – Eye Serum untuk mengurangkan masalah lingkaran hitam bawah mata dan juga Dior Lip Maximizer, penggilat bibir yang kekalkan kulit bibir saya lembap sepanjang hari. Tidak ketinggalan Dior Le Baume, untuk menghindari kulit kering sepanjang mengembara.
RITUAL PENJAGAAN KULIT WAJAH SEWAKTU ANDA DI BELMOND TRAIN?
Rutin penjagaan wajah adalah penting buat diri saya tidak kiralah saya berada di mana-mana. Tetapi saya tidak pernah tinggal Dior Prestige Le Nectar Premier untuk kekalkan wajah sentiasa terhidrasi, sihat dan bersinar.
INGIN BAU SAMA SEPERTI DATIN ELVINA…
Sentiasa menjadi kegemaran saya iaitu Dior Jadore!!
Artikel berkaitan Pilihan Editor GBC : Kuasai Solekan ala Latte Dengan 5 Produk Ini
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

