Athina Pesan Jangan Insecure Dengan Tubuh Anda!
Nobody’s perfect! Pesan GBC Beauty Connoisseur, Athina. Jangan pernah insecure dengan tubuh anda dan berani seperti Beyonce!
Sudah lumrah manusia, apabila tengok orang kurus, tinggi mulalah teringin nak bertukar angin. Atau berbadan curvy pula mengundang cemburu wanita kurus! Boleh dikatakan lelaki gemar wanita badan berisi kerana lebih FIT nafsu mereka. Jangan biarkan golongan ini membandingkan bentuk tubuh anda atau jangan biarkan anda terpedaya dengan dunia ‘TIPU-TIPU’. GBC kembali bersama model dan bintang media sosial, Athina Kamarudin yang juga bergelar Beauty Connoisseur GLAM Beauty Club.
BAHAGIAN YANG MEMBUAT YOU ‘INSECURE’
Body Insecure menurutnya itu hanyalah sebaris perkataan yang boleh membuat seseorang itu down! But of course! I pun manusia biasa, I sentiasa insecure di bahagian lengan! Arghhh… tetapi dalam pada yang sama, perkara ini tidak mematahkan semangat untuk terus kekal sihat dan cantik.
KULIT YOU BERSERI MACAM BAYI, ADA RAHSIA…
Bergelar model membuatkan kulit wajah saya sentiasa terdedah dengan solekan yang tebal sehinggakan berjam lamanya! Rahsia penjagaan kulit wajah saya rutinnya panjang, kalau GBC member nak ikut mungkin ambil masa sikit di depan cermin! Hahaha… Di pagi hari, saya akan membersihkan wajah secara double-cleanse dengan cleansing balm itupun kalau malam sebelumnya bermekap. Selepas itu, seperti biasa toner,serum, essence, pelembap dan sunblock! Malam pula, sleeping mask!
YOU CANTIK SAAT BILA…
Bangun tidur! Kenapa? Di pagi hari, saya rasa bila bangun badan segar, muka segar dan segalanya segar! Tetapi, jika sebilik dengan saya, anda mungkin terkejut! Hahaha… Tapi betul, persetankan rambut kusut atau muka bangun tidur itu, cuba anda rasai momen itu!
NASIHAT ATHINA KEPADA AHLI GBC MENGENAI BODY POSITIVITY…
Please and always remember that your body is your temple! Anda perlu jaganya sebaik yang mungkin. Jangan terlalu berkasar, berkeras dengannya dan cuba memahami tubuh badan anda. Ingat tubuh badan adalah berbeza setiap individu. Love yourself, Love your body! Love Athina.
Artikel berkaitan Janji Temu Pertama GLAM Beauty Club X Laneige
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

