Use your ← → (arrow) keys to browse
Sering ditebak dengan persoalan mengenai teman wanita dan perkahwinan, bintang Love Elsa ini mengakui masih belum menemui calon isteri yang tepat buat dirinya.
Malah dia mengakui tidak mahu terburu-buru dan selesa menjalani kehidupan solo tanpa sebarang komitmen buat masa ini.
“Kalau dah jodoh, pasti tak ke mana. Saya tiada masalah bergelar bujang pada usia sekarang. Lagipun ramai lagi selebriti terkenal yang belum berkahwin, saya bukan satu-satunya yang masih belum bertemu jodoh.
“Sejujurnya saya tidak tertekan malah menerima ketentuan ini dengan hati terbuka. Masa yang tepat pasti akan tiba,” jelasnya.