Satu sumber berkongsi foto pasangan itu sedang menikmati makan malam kepada laman gosip selebriti, DeuxMoi. Zendaya dan Tom dirakam duduk bertentangan di meja makan sambil berpegangan tangan.
“Malangnya semua ini hanyalah taktik perhubungan awam,” tulis seorang peminat.
Apabila ditanya mengapakah dia tidak mempercayai bukti yang jelas ada di depan mata, dia menambah, “Sesiapa yang faham bagaimana PR berfungsi pasti akan bersetuju dengan saya.”
Ada juga peminat yang hampa mendengar perkhabaran itu. “Okey, tetapi Zendaya dan Tom sangat sepadan. Ya mungkin ia sekadar taktik, tetapi mereka kelihatan seronok dan selesa bersama. Saya mendoakan yang terbaik buat mereka,” tulisnya.