Zendaya Muncul Di Pementasan Holland Tunjuk Tanda Sokongan

Zendaya Muncul Di Pementasan Holland Tunjuk Tanda Sokongan

Zendaya dan Tom Holland semakin hangat bercinta lebih-lebih lagi apabila Zendaya kelihatan memberi sokongan kepada pementasan teman lelakinya itu. 

Pasangan hangat daripada filem Spider-Man ini semakin hari semakin selesa mendedahkan hubungan mereka dengan terbuka. Aktres dan model terkenal, Zendaya kelihatan muncul di pementasan terakhir Romeo & Juliet untuk menunjukkan sokongan terhadap teman lelakinya, Tom Holland. Pementasan itu berlangsung di Teater Duke Of New York di West End, London. Holland membintangi watak Romeo dalam pementasan yang diarahkan oleh Jamie Lloyd itu bersama Francesca Amewudah-Rivers sebagai Juliet.

Ini bukanlah kali pertama Zendaya hadir menyokong teman lelakinya itu. Dia telah menghadiri beberapa pementasan Holland lalu bersiar-siar di kota London bersama selepas pementasan. Zendaya kelihatan tersenyum lebar sambil membawa sejambak bunga untuk Holland. Zendaya yang juga merupakan seorang ikon fesyen, mengenakan kasut tumit tinggi berona coklat daripada Christian Louboutin dan tas tangan Louis Vuitton pada malam Sabtu, 3 Ogos 2024 itu.

Pertemuan Dan Permulaan Kisah Cinta Zendaya Dan Tom Holland

Kedua-dua pelakon ini pertama kali bertemu di set pengambaraan Spider-Man: Homecoming pada tahun 2016 dan dikatakan berkawan baik sepanjang pengambaraan filem itu berlangsung. Pada tahun 2017, spekulasi tentang isu percintaan mereka mula muncul tetapi dinafikan oleh kedua-dua pihak. Kedua-dua Zendaya dan Holland dikhabarkan bercinta dengan orang lain pada tahun 2019 dan 2020.

See also
10 Selebriti Tampil Memukau dengan Gaya Hitam Putih di Karpet Merah

Zendaya kononnya berhubungan dengan aktor Jacob Elordi. Tom Holland pula secara rasminya bercinta dengan aktres Nadia Parks. Pada tahun 2021, gambar Zendaya dan Holland bercium ditangkap dan sejak itu, mereka sering kelihatan bersama hingga hari ini.