Use your ← → (arrow) keys to browse
Anugerah itu memberi penghormatan kepada barisan individu muda untuk kerja-kerja kemanusiaan yang mereka lakukan selama sekurang-kurangnya 12 bulan.
Menerusi warkah tersebut, Putera William merakamkan ucapan tahniah buat penerima anugerah dengan menulis, “Tahniah kerana dikurniakan The Diana Award hari ini. Anda merupakan sebahagian daripada generasi muda pemberi inspirasi yang mengubah dunia melalui tindakan, dan saya amat mengagumi usaha anda.
“Kisah anda sangat luar biasa. Ramai daripada anda berdepan cabaran besar dalam menghadapi saat sukar, namun anda tanpa jemu memecahkan halangan untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk kita semua.”