Datin X: Wanita Simpanan Bawa Watak Isteri Pertama
Sudahlah merampas suami orang, dia bermain watak bini pertama pula. Wanita simpanan jenis ini jatuh dalam kategori “perasan” atau “over confidence”, ya?
Pasangan yang Datin X maksudkan ini memang seperti belangkas. Ke mana sahaja ada si suami pasti ada isterinya. Di mana ada sang isteri, di situ juga ada suami menjadi jurugambar peribadi. Satu team yang amat cocok bersama – sama cantik, sama padan. Terkadang ada sekelumit rasa ingin tahu apakah perniagaan yang sedang diusahakan si suami. Dia tidak berpangkat dan bukan dari keluarga berada. Dia punya business (suam suam kuku sahaja) tapi connection yang dia ada mungkin agak power sehingga dapat mencuri hati seorang model dan pelakon yang pernah popular suatu ketika dulu.
Cerita kali ini sedikit berbeza kerana ia bukan cerita kain dalam Datin dan Dato’ di Kuala Lumpur. Ia berkisar tentang orang biasa, Alia dan suaminya Isaac yang popular dan cerita mereka sering menjadi minat people in the society, I must say. Sering dijemput ke majlis-majlis berprestij, pasangan ini mendapat perhatian lensa kamera. Bukan itu sahaja, mereka sering mengelilingi dunia (sebelum pandemik) mengenakan pakaian berjenama, membimbit tas tangan mewah dan dibaluti gaya hidup yang pasti dicemburui semua.
Posting di feed dan InstaStories pastinya yang indah dan menyeronokkan. Sajian makanan yang menimbun depan mata (Datin X tak sure adakah mereka mampu habiskan atau dibuang saja), dimanja dan dilayan bak pasangan diraja. Namun hakikatnya mereka bukan siapa-siapa. Ya, langit tidak selalunya cerah dan keindahan tidak kekal lama dan berpanjangan. Ini dugaan mereka, hubungan cinta nan mesra antara mereka akhirnya dilanda konflik. Ada orang ketiga yang tidak sedap melihat kebahagiaan dan kehidupan sempurna yang mereka bina berdua.
Pautan berkaitan: Datin X: Derma Kilat Mangsa Banjir Kerana ‘Lapar’ Nama
Tiba-tiba mereka lenyap dari dunia glamor. Tak nampak langsung batang hidung yang selalunya tidak boleh melepaskan peluang mingle bersama socialite, influencers dan orang-orang kaya di KL. Pelik. Sudah menjadi nature, Datin X mula bertanyakan khabar. Mula-mula dia menyorok dan tidak mahu bercerita. Datin X pula tidak mahu memaksa dan biarkan Alia mengambil masa untuk membuka mulut. Setelah bertahun menyepi (Benar, Datin X pun tidak mencari) dia akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari ‘gua’. Ke mana perginya mereka berdua ini?
Datin terus bertanya khabar sebaik berhadapan dengan Alia di salah satu majlis pelancaran produk baru jenama mewah KL. Terkejut dibuatnya melihat tubuh badannya yang dulunya hot dan curvy kini menjadi kurus keding, muka yang cengkung, bahu dan lengan yang terlihat hampir tertimbul tulang. Sayangnya… What’s up with Alia? Sebaik bertentang masa dengan Datin X, Alia mula membuka mulut. “I tak diet tau, I makan banyak, Datin.” Belum sempat Datin X mahu bertanya. Mungkin soalan itu sering dikemukakan orang ramai kala bersua muka buat kali pertama setelah sekian lama menyembunyikan diri.
Katanya lagi, “I makan Datin. Cuma mungkin I banyak makan hati” Alia sudah tiada segan silu bercerita. Long story short, Alia bercerita yang dia dan Isaac sudah tidak sehaluan. Mereka separated namun tidak mahu merasmikan. Sudah lama tidak duduk sebumbung… Alia berhenti di situ. Datin X tidak mahu memanjangkan cerita, cukuplah sekadar apa yang mahu dikongsikan. Tiada apa yang mahu digali lagi. Datin X cuma berharap agar mereka berdua menemui jalan penyelesaian dan dapat mencari solusi kepada masalah rumah tangga yang telah terbina sekian lama.
Artikel sepenuhnya di dalam GLAM MAC 2022
Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa