Use your ← → (arrow) keys to browse
Begitu juga dengan beberapa lagi takeover yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan mewujudkan perubahan. Malangnya, usaha Hailey tidak disedari apatah lagi dihargai.
Walaupun ramai rakan selebriti dan peminat memujinya kerana menggunakan platform media sosial untuk menyebar mesej penting kepada 33.4 juta pengikutnya, ternyata dia dipandang remeh dalam lingkungan umum.
Sehingga kini tiada satu pun temu bual daripada pihak media atas usahanya yang berterusan untuk mewujudkan perubahan dan menyuarakan isu sosial yang penting.
Terlalu banyak perhatian yang diberi ketika dia menyarung pakaian berjenama atau mempromosi kosmetik yang digunakan di Instagram, dan kini peminat mahu melihat Hailey diiktiraf atas usaha murni yang dilakukannya.