Undang Sebak! Angelina Jolie Menghantar Anaknya Sambung Pelajaran Di Universiti
Pelakon terkenal, Angelina Jolie baru-baru ini dirakam menghantar anaknya sendiri, Maddox Chivan Jolie Pitt yang berusia 18 tahun untuk menyambung belajar di Universiti Yonsei di Korea Selatan dalam jurusan biokimia. Universiti Yonsei merupakan antara 3 universiti terkemuka di Korea Selatan selain Korea University dan Seoul National University. Menurut Angie, Maddox dapat banyak tawaran ke pelbagai universiti tetapi memilih Universiti Yonsei sebagai pilihan utama.
Yang mencuri tumpuan sudah pastinya Angie sendiri yang muncul ke universiti berkenaan yang tampil dengan gaya dengan cukup ringkas dan besederhana. Jelas kelihatan Angelina juga kelihatan cukup bangga melihat anak angkatnya itu sudah bergelar seorang mahasiswa. Angie mengambil Maddox sebagai anaknya pada tahun 2002, dari rumah anak yatim di Kemboja.
“Angelina akan menghantar anaknya itu ke kampus pada bulan ini dan berbangga dengan pencapaian Maddox,” menurut satu sumber.