Use your ← → (arrow) keys to browse
Lishalliny tampil sebagai pawang dalam persalinan sarat perincian gabungan rona hitam emas diiringi tujuh patung puteri di belakangnya dalam busana biru emas bersama perhiasan kepala yang mewah.
Dalam kepayahan membawa busana rekaan Aldrin’s Artistry yang dianggarkan seberat 50 kilogram, Lishalliny berjaya memberikan yang terbaik menerusi persembahannya yang mengagumkan sebagai pawang.
Turut berkongsi kemenangan untuk kategori kostum kebangsaan terbaik adalah Miss Grand Angola, Márcia Marilia Agostinho de Menezes dan Miss Grand Peru, Samantha Batallanos Cortegana.